Thursday, April 1, 2010

tragedi

tak cukup tido. kepala pusing. insomnia sepanjang malam. tido bertemankan mimpi ngeri. mengharapkan malam lebih panjang daripada biasa. tapi hanya mampu mengharap. pagi menjengah. mula hati gelabah. jiwa resah. duduk tak senang. berdiri pon mundar mandir. angka 9 pagi amat ditakuti.

menunggu rakan. berjalan bersama2 tanpa melahirkan rasa cemas yang ketara. sesampai di tempat kejadian, jantung berdegup makin kencang. perot yg berkeroncong kelaparan bertukar kesakitan. hati makin keresahan. angka 9. semua dikehendaki pasrah. pasrah dengan masa yang takkan berhenti berputar.

menyelak lampiran demi lampiran. pandangan terfokus pada pelbagai jenis soalan. hati yang cuak dan keresahan bertukar menjadi pasrah. pasrah lebih awal sebagai persediaan. kepala membejat bekerja demi sebuah jawapan. oh, banyak jawapan.

hanya mampu mengerling pada rakan di sebelah. senyuman kelat diberi.

terus berusaha hingga ke masa terakhir. hanya mengharapkan 'lulus'. serius! tiada yang lebih tuk dipinta dan dipohon. atas segala usaha yang telah dicurahkan, aku hanya mengharapkan lulus.

pulang. komen diberi drpd rakan2 semua sama. semua ketawa dalam duka kukira. yang pasti, hati aku mula pasrah dalam sakit.

keranamu Paediatric Audiology. kamu penyeksa jiwa! tragedi tuk kami semua. dan sekarang, aku rasa nak demam. huu~

2 comments:

enriuel said...

needa sengal.
exam pny hal,ko pusing jd satu kisah klasik.haha

needa zainuddin said...

hahahhaha! ni ar penangan exam. ble nk dpt permission byk blog?? haisy~