memang telah menjadi kebiasaan tuk aku dan teman2 rapat mengerah tenaga mengkhatam semua chapter yang ada pada saat2 akhir. maka subjek kos yang bermula dgn word 'psycho' menyebabkan kitorang betol2 saiko pada hari esoknya. semua gara2 ketidakcukupan tido akibat terlalu rajin menelaah di saat akhir. tidak hairanlah result kami pon cukup2 makan aje. pukul 11 pagi, terus menelaah tanpa menghiraukan masa yang kian berlalu. tiba2 nset di sebelah berbunyi menandakan mesej masuk. drpd abang sulungku memberi khabar yang kurang enak. menyatakan ayah dibawa berjumpa pakar kerana sakit bahagian kaki dari bahagian punggung hingga ke bawah sehingga menyebabkan dia tidak dapat berjalan. maka, otak yang masih saiko akibat subjek kos 'psychoacoustic' yang masih tidah paham sepenuhnya menyebabkan aku makin gelabah dan cuak. adrenaline merembis dengan laju dan begitu juga lacrimal gland yg memainkan peranannya tiba2. risau kan exam yang belum tentu dapat jawab dan paling risaukan ayah yang jauh dari mata. memang langsung tidak dapat fokus. kononnya ingin membuat semakan terakhir sebelum melangkah masuk exam tapi malangnya semua lenyap begitu sahaja. hanya ayah yang bermain di benak fikuran. maka, nset dicapai dan mesej ditulis kepada kakak tercinta yang berada di sabah. meminta jasa baiknya supaya pulang menjaga ayah kerana diri masih mempunyai beberapa paper yg perlu dilepasi sebelum pulang berjumpa ayah tercinta.
habis sahaja exam, jari laju mendail no nset umi. bercakap dengan ayah sendiri adalah satu2 nya cara untukku menghilangkan rasa tidak keruan di hati dan benak fikiran. mendengar bicara ayah yang mengatakan dia tidak apa2, membuat aku sedikit lega walaupun aku tau dia sedang menanggung derita. prolapse invertebral disc kukira drpd penerangan yg diberikan ayah. "doktor kata urat ayah masuk dalam tulang belakang yang kat2 ngan punggung". jargon word tidak akan digunakan kepada ayah kerana dia tahu ayah tak kan tahu. diri terus menaip mesej dan hantar terus kpd abang sulongku bagi mendapatkan berita selanjutnya. ayah insyaallah takkan apa2 jikalau keadaannya makin baik, jikalau sebaliknya dia terpaksa berjumpa doktor pada 15 hb nanti.
Moga ayah bertambah baik dan sihat semula. moga dia dapat kembali melakukan tarawikh sebanyak 20 rakaat kerana aku tahu baginya 8 rakaat tidak akan memuaskan hatinya.
Moga Allah memberi kesihatan kepada ayahku.
dan untuk paper psychoacoustic, aku dah cuba yang terbaik. moga mendapat yg terbaik hendaknya. Amin....

6 comments:
ak doakan ayah needa jugak...=)
ckin: trimas...=)
huhu moga sihat secepat mungkin...amin
justified: moga begitulh hndaknya..
moga cepat sembuh.
bulan ramadhan di buka pintu keberkatan.
doalah byk2.
:D
moga trmakbul doaku..=) thanx.
Post a Comment