bila bersama rakan2 yang sentiasa mengiburkan dan menceriakan, kita akan lupa sebentar masalah pada diri. luka pada hati. perit yang pernah hadir. menyaksikan terbitnya bulan hingga terpancarnya sinar di langit mengingatkan diri bahawa penciptaNya amat berkuasa. bulan menghiburkan. itu pasti. tak pernah mendukakan. itu fakta. biar ia tenggelam di balik awan, manusia akan cuba untuk mencari bayangnya. kerana ia menenangkan. bila pandang pada bulan baru diri sedar bahawa kita hanya manusia kerdil. menjadikan ia suatu permainan. bermain seolah2 kita mampu menggapai dan memegangnya. tapi itu hanyalah ilusi semata2. tidak mampu tuk semua itu kecuali memandangnya dengan rasa syukur kerana ia ada tuk menenangkan jiwa. terima kasih teman kerana sudi meluangkan masa berbuka puasa di pantai sambil menyaksikan bulan terang. niat diri mahu pulang awal tapi lenyap kerana bulan menyapakan sinarnya. tapi perintah Allah tidak dilupa. Insyaallah itu akan sentiasa dijaga.
memandu dalam terang malam dengan tenang. tidak dapatku bayangkan kehidupan di sini tanpa teman2. sentiasa mengubat duka dan memberikan ceria. tipu lah jika hidup ini tidak pernah ada likunya tapi dengan teman2 yang menemani, semua itu dengan izinNya dapat dilalui. Teman2lah pengganti ibu dan bapa bila diri berjauhan. penuh dengan nasihat, penuh dengan kata semangat, penuh dengan kesabaran. itu paling pasti. mereka sentiasa sabar dengan diriku. terima kasih untuk itu.
jika dikatakan bulan itu penenang jiwa, teman yg sentiasa di sisi juga bleh dibaratkan begitu. menjadi tampat mengadu lalu menenangkan diri yang duka. kadang2 diri juga membuat mereka terluka. ku pohon maaf untuk itu. seperti tompok2 yang berada di bulan, agaknya begitulah hati mereka bila diri membuat mereka terluka. bulan penuh dengan cahaya, menyinarkan dan amat menenangkan. jika ini perumpamaannya, maka teman2 yang sentasa di sisiku adalah bulan buatku. biar malam gelap tanpa bulan dan bintang, tapi mereka ada untuk menyinarkan diri. terima kasih teman. kamu semua bulan buatku..=))
Post ini ditujukan khas untuk Marlini, Wan Nurul Azyan dan Zakiah. semoga kita sentiasa dalam keberkatanNya.
No comments:
Post a Comment