Thursday, September 17, 2009

hari raya

assalamualaikum

dah lame aku x membuat sebarang on9 di rumah. lebih drpd beberapa tahun kukira. lagi beberapa hari raya akan menjelang tapi umah still tak berkemas lagi. kuih raya semuanya dibeli sahaja oleh adik beradik yang lain. buat kuih raya pasti lah tidak. tiada skill untuk itu. masak2 wat berbuka boleh la. tetiba rase teruja membuat post blog di rumah. maklumlah rumah ni berkurun takde internet. ni pon atas ehsan abangku yang berkerja di TM. hehehhe! raya tahun ni aku mengharapkan semuanya lebih meriah dan ceria.

ceria di hari raya. tetiba teringat waktu bebudak dulu. walopun pose tak penoh tp still gembira sambut hari raya. pusing2 satu kampung mintak duit raya. pastu compare duit sape lagi banyak. kalo rase duit raye yg dapat tu lagi sikit drpd kakak, maka duit penambahan akan dimintak drpd ayah or arwah mak. biase la...merengek2 sikit dapat la duit tu. hahhaha! skang kalo wat perangai camtu mau kene lempang. tapi selagi tak abis blajo, tak keje, tak kawen, selagi tu duit raya akan dituntut drpd abang2 n kakak aku. ni la untungnya ada abang lebih drpd sorng. jadi sesiapa yang kedudukannya dalam keluarga sama seperti aku, maka jangan lepaskan peluang yang ada! serbu duit raya drpd abg2 n kakak2 korang!

skang kat umah ngah ujan. tak tau nak wat ape. nak update fb pon, tenet agak lembap. tak mampu pakai streamix or broadband, hanya dial up je yang mampu. hahaha! rugi kata ayah kalo pakai streamix. yelah...sape je yang ade kat umah after raya nanti. tinggal ayah n umi je. dua2 buta IT. bukan merendahkan parents ku tapi inilah kenyataan. nak guna nset pon jenuh kena ajar. hehehe~

skang amat tak sabar menunggu hari esok. menunggu abang2 ku yg masih belom kembali pulang. bakal berhimpun beramai2 nanti. penoh ngan anak sedara gak. itu yang paling ditunggu2. kakak hanya pulang ke rumah pada hari raya ke-2. maklumlah, orang sudah bersuami, jadi dah tak macam dulu lagi. jadi, sapu laman umah, cuci tingkap n segala isi di rumah terpaksa lah ku mengerjakannya tanpa bantuan kakak. kerahan drpd ayah tuk sapu laman umah pon aku tak buat2 lagi. alasanku, laman umah luas beno.hahahha! dah dasar pemalas. takpe2, insyaallah semua itu akan kuselesaikan juga before raya nanti. pastikah??=p

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!! maaf zahir n batin...

3 comments:

HJCHOT said...

selamt ari raya...maaf zahir batin

Mell said...

happy eid!! ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶

needa zainuddin said...

hj chot n mell: selamat hari raya juge...=)