Saturday, September 12, 2009

semua dalam satu drpd needa baik=)

semalam menaiki bas dari kuantan ke kl pada pukul 5.30 petang. bersama rumate kesayangan. hanya berborak selama beberapa minit bersama rumate lalu tido dengan lenanya. berhenti berbuka di temerloh. roti john dan juga air kotak teh kegemaran. kemudian banyak berbicara perihal masa lalu bersama rumate. hanya tiba di pekeliling pada pukul 9.15 malam. ku ingatkan bas akan masuk ke pudu, malangnye tidak. maka ku jua turun di pudu tanpa pengetahuan rumate yang terlebih dulu bergerak menuju ke lrt. menunggu abang untuk mengambilku. mata mula rasa amat mengantuk.

malam ini, hanya berfacebooking dan ym'ing'. menerima tawaran anak sedara supaya menjadi jirannya di farmville. amat malas menyertai sebarang game di fb tapi setelah dipujuk, akhirnya aku termakan juga rayuannya. tidak salahnya melayan kehendak anak sedara yang berumur 11 tahun kan? tapi kepala mula pening selapas menyertai game tersebut. maka, terima tawarannya sebagai cukup syarat dan noktah. tiada lagi farmville.

sepanjang hari di siang hari, aku hanya menghabiskan masaku dengan tido. segala kekurangan di hostel universiti ku, aku lunaskan di rumah ini. esok aku bakal pulang ke kampung. tidak sabar rasanya mahu berjumpa kedua ibu bapa tercinta. bakal menjadi anak tunggal di rumah sepanjang menunggu raya tiba. kalau dulu, kakak akan menemani tapi sekarang dia raya dengan gelaran isteri. maka kedudukannya di sisi suami. sedikit sedih kerana tiada teman untuk bergaduh di rumah di bulan puasa. moga kamu sentiasa bahagia kakakku.

terjadi sedikit kekecohan di rumah ini selapas waktu tarawikh. anak bongsu abangku tiba2 hilang dari rumah. terlepas pandang hanya sebentar, terus lenyap. maka operasi pencarian dijalankan. aku tidak menyertai kerana instinct kuat mengatakan dia selamat di luar sana. cuma bermain jauh sedikit dari rumah. beberapa puluh minit kemudian, dengar suara tangisan plus jerit2 dari anak sedaraku. tidak puas main dan tidak mahu pulang. dia dijumpai di kantin kawasan blok perguruan ttdi ini. ligat betol budak ni. maka grail pintu dikunci untuk menghalangnya dari keluar lagi. tak padan ngan pompuan btol dak kecik ni. skarang pon masih blom tido. haisy~ ibu nya sudah penat bersuara.

ini saja entry yang dapat ditulis pada kali ini. mungkin, lagi seminggu dua, baru blog akan diupdate. mungkin. SELAMAT HARI RAYA SEMUA DAN MAAF ZAHIR BATIN =)

No comments: