Wednesday, July 28, 2010

needa membebel

manusia memang mudah berdendam. memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menahan amarah yang melanda. tapi itu bukan satu alasan tuk kita membalas perbuatan mereka terhadap diri ini. mungkin ikut hati semua itu pasti. 'boleh je buat kalau nak', ayat paling mudah yang boleh ditafsirkan dengan kata2 jika terlalu bengang tapi tak sampai hati tuk melakukan. senang and very simple kalo kita pegang pada satu lagi kata2. 'diri ni sama je dengan orang yang buat 'taik' terhadap kita kalo kita balas dengan benda yang sama'. jadi, diam and still calm. bak kata lam movie karate kid, 'still calm and doing nothing are the different things'. jangan tengok movie tanpa mengambil sebarang iktibar. at least sikit pon jadi lah (tetibe je..).

kita memang selalu buat silap. dah nama pon manusia. mana ada yang tak pernah buat silap. paling mudah nak tengok dalam result exam ar. dapat la A pon tapi still ada gak soalan2 yang salah dan tak berjaya dijawab dengan baik. sebab tu system pemarkahan bagi range tuk grade (tetibe lagi..). tapi kalo dah wat salah dan memang itu salah kita, just admit and apologize la. buat apa nak bagi alasan yang 'taratantang lagi terbentang' cam kita langsung takde effort kan? marah la mcam mana pon manusia tu, lama2 still dia ada hati tuk maafkan even sikit. cuma jangan tambah kemarahan dia la. ada paham?? paling tak pon waktu kena tegur tu, just tunduk then buat ar muka insaf sikit. nampak la sikit kita ni cam menyesal ngan action kita tadi tu kan. takkan benda2 simple camni pon nak kena bagitau?? haisyo!!

ni plak pesanan tuk diri sendiri. meeting, meeting gak. abes tu note2 yang berlambak baru dapat tu bila nak mengadap?? merapu nombor satu! hisy! cakap nak berubah segala bagai tapi effort tak nampak pon lagi. effort terkini yang nampak, selit note2 kat rak and dah beli storage nak letak note2 lame segala bagai. memberansangkan ke effort2 tu?? ok lah..semalam dah merancang ngan rumate nak stay up starting next week. okeh! kita tengok berjaya tak nak wat segala tu. jangan cakap tapi takde action langsung wahai cik needa oiii!!!

ni satu lagi isu yang tengah dihadapi di awal pagi. memang la kejut orang subuh dengan zikir2 dan nasyid2 adalah baik. aku amat setuju tapi....bilik aku ada speaker. terkejut beruk weh! tetibe de suara budak nasyid2. lepas tu aku ikut nasyid sekali (yang ni aku suka). tapi, seyesly, kuat sangat la. tu dah lebeh 120db dah tu. present tuk hearing test for profound person pon 120db ni kan plak pendengaran aku yang alhamdulillah setakat ni masih normal dengan range -10db till 10 db. tak salah nak pasang semua tu tapi agak2 la wei. mau stiff TM aku ni lame2 kalo dengar bunyi yang kuat camtu tetiba di pagi hari. at least, turunkanlah intensity tu sikit. taknak turun sikit, banyak pon jadilah. huu~

dah needa dah! macam2 dah ko komen and bebel2 kat sini. bawak2 mengucap dan berzikir. ni ngomen je keje. berubah la sikit perangai tu.
---------------------------------------------------------------------------
okeh! aku cuba tuk tak banyak ngomel or ngomen. tapi apa aku cakap betul pe..?? huu~ kalo salah maafkanlah. aku cuma budak baik yang tak perfect sebab aku manusia biasa yang penuh silap dan salah. teguran duharapkan. insyaallah akan menerima dengan hati terbuka walaupon diri ini dikatakan pongoh oleh kaum keluarga terutamanya.

No comments: