masih dalam lembaran ramadhan.
tetiba aku terfikir. aku ni dipergunakan atau apa? di saat aku diperlukan manusia itu hadir tapi di saat yang aku pon tak tahu nak describa macam mana, batang hidung pon tak nampak. ermm...aku rasa memang aku dipergunakan even sikit. betol tak?? tertanya2 kenapa tiba2 macam ni. sebelum ini erat berhubung. masing2 meng'contact' antara satu sama lain tapi sekarang perkara2 yang mengeratkan silaturrahim ni terhenti macam tu je. jenuh otak aku berfikir. laju! tapi tetap tak dapat jawapan yang pasti. nak ditanya macam kita yang terhegeh2 tapi bila menunggu jiwa ni tertanya2.
lantas aku mengambil keputusan untuk tidak berfikir. mungkin ini cara terbaik insan bernama manusia ingin memutuskan silaturrahim yang telah lama terikat walaupon kadang2 ada duka terselit di perhubungan. jangan kata ku tak ambil peduli sebab kadang2 diri meng'ofer' tuk memperbaiki hubungan yang renggang tapi selalu ditolak. jadi, aku lebih suka memilih jalan untuk ditolak dan menolak terus. mungkin hati masing2 tak akan terluka. aku diam. dan aku mahu tunggu. tidak mahu bertanya sebarang berita dan tidak mahu tahu sebarang perkhabaran. aku mahu terus tunggu dan tunggu. jika betul silaturrahim yang telah lama terikat masih utuh, maka aku tak perlu risau. tapi jika sebaliknya aku redha.
menunggu bukan untuk seorang tapi untuk dua orang. yang sentiasa di hati dan di fikiran tapi kedua2 nya mempunyai pendapat berbeza. pernah bersilaturrahim tapi putus di tengah jalan. aku hanya insan pemerhati yang terlibat secara langsung tapi tak pernah menyedarinya. tak faham dengan ayat sendiri sebanarnya. tapi ayat ini pernah dilahirkan kerana kecewa. jadi, moga aku tak kecewa lagi kerana aku sayangkan hubungan yang ada di antara kami semua.
p/s: aku masih menunggu kamu. hampir aku, akan ku mampir dengan segera.
No comments:
Post a Comment