assalamualaikum
mode raya sudah berlalu walaupon masih dalam bulan syawal. lame juga tak mencoret apa2 kat blog ni. so, skang nak berkongsi sedikit kisah di hari raya. raya tahun ini aku rasa lagi meriah berbanding tahun2 lalu. mungkin disebabkan family ku makin berkembang besar. macam manapon still rasa kekurangan bila salah seorang ahli keluarga tetap tidak muncul di pagi raya kali ini seperti tahun2 terdahulu. tak mengapalah. moga dia sihat dan selamat sentiasa. dua hari sebelum raya dua abang teratas sudah pulang ke kampung bersama family. makin riuh rumah. kecoh. semua kisah bukak. tak kira la gosip2 terkini spr kes sosilawati dan juga gosip2 kampung. tak lupa juga cerita2 hantu. wajib setiap kali raya nak disambut. seperti biasa, family ku tak pernah ada tema. ikot nyut je nak pakai warna pa, asal berkenan di hati. teringin jugak nak same2 kaler ni tapi tak pernah nye menjadi. hehhe! lantaklah. janki raya tetap disambut meriah. tahun makin tahun umur meningkat. so, harapan nak duit raya tu macam agak tipis. tapi still alhamdulillah, duit raya tahun ni kurang 50 je drpd tahun lepas. aku masih ade lagi sekali nak dapat duit raya. pastu jangan harap dah la. hahha! itulah janji2 abang2 ku. so, pasrah...bile dah kerja aku lak yang kene kuar duit tuk anak2 sedara yang mata2 duitan seperti aku. perancanagn awal harus dibuat supaya tak menyesal di kemudian hari.
raya tahun ni saudara mara dan jiran tetangga tak sudah2 mengunjung. mule dari hari raya kedua sampailah ke5. full house sentiasa. beras berkampit2 habis. gaya dah macam ade kenduri kat rumah aku. penat. tapi bukan aku yang penat. umi yang penat. aku tak penat, sebab aku tolong menghidang je. melayan semua kompem2 la umi dan juga kakak serata abang2ku. aku bersembunyi di dapur. konon2 standby la kot2 nak tambah apa2 kan. hahha! auta je tau. rumah riuh bile semua adik beradik berkumpul. aku suka bila saat macam ni muncul. setiap pelosok umah ada suara. tak sunyi macam aku balik cuti sem 3 bulan hari tu. btw, terima kasih kepada hamba2 Allah yang sudi menghulurkan duit raya kepadaku.
dalam kemeriahan aidilfitri tak semua yang gembira. ada yang berduka. hari raya ke4 tak silapku, suami kepada sepupuku dijemput Ilahi. moga rohnya dicucuri rahmat.
oh, hari raya ke4 rumah mula berkurangan penghuni. yang sulong pulang tuk bekerja dan yang ke2 ke rumah mertua. selebihnya di rumah terus-terusan menghabiskan cuti. kelakar mengenangkan abg yg5 tak sudah2 dengan perangai penakutnya. gara2 dengar umi cerita hantu, malam tu takleh tido sampai pukul 4 pagi. abis semua lampu dibukanay. siap tv pon pasang. konon2 nak dengar suara tv. sampai berpeluh + menggigil sedangakan kitorang ni sejuk mengkerekot tido. tak paham...dia nye tahap takut memang gaban ar. dah anak sorang pon macam tu lagi. kalo bujang boleh tahan gak la. hahha!
hantu. wujudkah?? kat kampung aku baru2 ni kecoh dengan kisah hantu raya. ada orang membela kata mereka. dah ramai yang dengan bunyi2 pelik lagi menyeramkan tapi alhamdulillah aku takde dengar apa2. hmm...moga dibukakan pintu kati hamba Allah tuk membuang benda2 syirik lagi khurafat ni. meremang bulu tengkuk kallo dengar makcik2 duk bercerita pasal tu.huhuu~
oh, raya tahun ni juga memang malang bagi aku. mane taknye, separuh drpd duit raya free2 je bakal dipotong tuk bayar saman. tu lah. bile drive, tak hengat. tau sedap tekan je. padan muka! kui3! 1st saman pada usia 22 tahun. kira rekod bersih sebelum ni telah tercemar ar. haisy~ baru nak jadi pemandu berhemah sepanjang zaman. tahu tak, saman tu bole tangguh bayar sampai bila?? aku ni insan yang tak tahu apa2 pasal saman. sila bagi tunjuk ajar ye.
erm...nak cita ape lagi ek?? banyak kisah sebenarnya dalam pale otak. tapi bila jari mula nak menekan papan kekunci ni, tetibe cam sikit2 kisah yang terpahat dalam pal otak ni terhakis. keh3! ayat talleh blah...
hisy! tensi mengenangkan saman di kala masih belajar ni. pengajaran untuk masa hadapan. kononnya....
No comments:
Post a Comment