salam ramadhan..
hari ini hari terakhir aku berbuka di kuantan. besok insyaallah bakal berbuka di kuala lumpur dan hari seterusnya di rumah ayah bonda tercinta di gerik. tak sabar rasanya mahu pulang walaupun kakak sayang dah inform awal2 yang rumah amatlah berada dalam keadaan yang serabut. ya! tepat sekali. kerja2 pembersihan rumah bakal dijalankan denagn kepulanganku di kampung halaman tercinta. istilah malas tidak dapat memberi kesan kepada kakak sayang sebab raya kali ni dia dah tak leh nak tolerate kalo aku malas. maklumlah berbadan dua. oh! aku gembira menanti kedatangan syawal kali ini. Mikhael bakal membahagiakan kami di kala raya. cepat keluar ye mikhael. maksu tak sabar nak dapat anak sedara laki ni. hehhe! asek pompuan je. bosan! kuikikui! jangan marah anak2 sedara pompuanku. maksu pon pompuan gak tapi dah bosan bermanja ngan korang. nak bermanja ngan mikhael pulak. sebab tu sanggup beli hadiah mahal nak kasi ibu dia. nanti ibu dia boleh tangkap gmbo mikhael banyak2 then mms maksu banyak2.hehhehe!
kuih raya ape lah yang menanti kat rumah tu. tak kisah lah tapi janji ada ketupat daun palas dan rendang ayam. masak itam spesel umi buat pon sodap. ah...tak sabarnya. raya tahun ni aku tetap bersederhana walaupon rasa berkobar2 hati ini. erm..nak try wat kek coklat kukus lagi. 1st time wat dulu kurang menjadi. mahu mengasah bakat membuat kek pulak. ayah cakap bakat memasak dah lulus. "boleh lah kawen",(hj zainuddin, 2010) hehhe! balik nanti nak buat tomyam lah. dah lama tak makan tomyam buatan sendiri. banyak menu tuk dimasak dalam kepala otak. antara buat dengan tak je.hehhe!
mahu berbuka dulu! assalamualaikum
berbuka smbil dengar lagu balik kampung =)
No comments:
Post a Comment