assalamualaikum
sekali lagi membuka bicara dengan mengucapkan selamat sejahtera ke atas kamu. hari ini mahu berkongsi kegembiraan. walaupun seawal tengah hari semalam menerima berita yang kurang menyenangkan tapi alhamdulillah semuanya selamat berakhir. complication yang dialami kakak semasa hendak bersalin agak merisaukan. bukaan rahim yang dinanti tidak berlaku tapi darah sudah turun dengan agak banyak. baby dikatakan terlalu besar. satu lagi sebab yang menampakkan harapan untuk bersalin normal makin pudar. aku risau. serius! takut baby lemas dalam kandungan. tapi alhamdulillah dalam pukul 12 lebih tadi dapat tahu kakak selamat melahirkan bayi lelaki kul 9.51 pagi yang dah ade nama dari berumur 3 bulan dalam perut lagi. Syawal Mikhael!! hahha! dah tambah pon sorang hero tuk cucu ayah dan umi. sebelum ni heroin mengatasi. aku tumpang gembira semua selamat. semua adik beradik di hospital ipoh. melawat anak perempuan sulung yang dapat anak sulung. aku je yang tak dapat join. jauh punye pasal. ni gmbo dak gemok ni!! tak sabar nak cubit n geget pipi dia. tapi idung besar cam ayah n ibu dia. hahhaa!
3 comments:
Pehh.
Nama sek sek Maikel Jeksen.
Ha ha.
sengal~ name tu lg sedap dr maikel jeksen ar..hahha
sengal~ name tu lg sedap dr maikel jeksen ar..hahha
Post a Comment