Friday, December 11, 2009

kesedaran mungkin

lelaki tak datang bergolek
perempuan tak datang melayang

itulah beberapa bait ayat di dalam buku 'aku terima nikahnya' hasil penulisan Saifulislam. menarek! semalam lebih menarek apabila berpeluang mendengar ceramahnya secara dekat. penuh dengan unsur humor yang memberi kesan. bukan hanya jenaka kosong. bersyukur kerana Allah membukakan hati untuk menghadiri ceramah tersebut.

semalam tertanya2 juga, mengapa manusia sibuk mencari pasangan sedangkan Allah menetapkan jodoh mereka. tapi itulah jawapannya. tak semua apa yang kita mahu datang tanpa usaha. banyak soalan terjawab bila menghadiri ceramah drpd saifulislam walaupun buku dan blognya banya memberikan info, tapi apabila berpeluang menemui seseorang yang tinggi dalam ilmu2 agama secara dekat, itu lebih menarek!

---------------------------------------------------------------------

tak semua benda yang kita mahu pasti akan dapat. tak semua perkara yang kita rancang pasti berlaku dengan baik. semua mempunyai halangan dan kesannya. tapi setiap segala yang terjadi ada hikmahnya. cuma, sebagai manusia aku rasa aku lebih bijak dalam memilih mana baik dan mana yang buruk. pengalaman lalu dan sedang dialami amat memberi kesan. betullah kata orang tua, kalau tak makan garam mana nak tau rasanya.

tapi kadang2, ada pengalaman lalu yang amat susah tuk dibuang. minda, hati, jiwa serta roh bekerja kuat dalam menangani masalah itu. Alhamdulillah, 10 bulan setelah perkara itu berlalu banyak yang aku pelajari. cuma, kadang2 bila syaitan membisikkan nafsu tergelincir jua imannya. apa yang boleh membantu, hanyalah terus berpegang teguh pada jalan Allah.

tak salah menyayangi seseorang tapi biarlah sayang itu atas dasar ikhlas dan berpegang terus pada paksi Allah. tapi untuk melakukan sebegitu adalah susah. hanya yang betul2 tinggi imannya mampu begitu. jadi, sebagai insan yang masih lemah imannya, aku tetap dan cuba belajar untuk itu. yang pasti Allah lebih mengetahui segalanya.

terima hasih jua kepada yang pernah bersama aku dalam melalui pengalaman yang lepas. tapi, bagi aku semua pengalaman yang lepas hanyalah satu buku yang harus ditutup. tapi sebelum ditutup, pengajarannya akan aku semat dalam jiwa. biar berkekalan sampai mati. keterlanjuran itu memang disesali dan Insyaallah takkan kuulangi lagi.

biarlah semuanya berlaku mengikut peredaran masa. itu pasti....

No comments: