Wednesday, December 30, 2009

jangan ungkit lagi

yang lepas tak perlu diungkit. tapi mengapa mahu terasa kalau di situ tidak pernah terselit satu nama pun yang mengatakan bahawa kamu empunya diri. aku diam tak bermakna aku bersetuju. aku maaf tak bermakna aku lupa. jangan rasa diri dipersalahkan dan jangan rasa diri salah. kita sama2 salah. kita sama tahu apa yang dah dilalui. maka, tutup cerita dan buka lembar baru. kamu telah buka lembar baru itu seawal kisah, belum pun kisah yang lalu tertutup rapat. maka, itu lebih bahagia bagi kamu kan?? jadi, jaga ia dengan baik. tak perlu berpatah balik.
tak perlu ada istilah "siapa makan cili, dialah terasa pedasnya" sebab kedua-duanya dah hadam cili tersebut. mungkin pedasnya lama tapi kamu ada seseorang tuk hilangkannya. maka, bersyukurlah dengan itu. tak perlu lagi ungkit kisah lalu. semua itu tak perlu. kita sama bahagia dengan cara masing2. jadi tak perlu terjerumus dengan kerunsingan yang pasti tak kan sudah. kita mungkin ada permulaan tapi penamatnya tiada. tiada yang baik tuk dijadikan penamat, jadi lebih baik diam dan biar ia tergantung sebegitu. itu lebih baik. sakitnya tak lama.
aku hormat kamu kerana tak semua perkara yang pernah dilalui tak mendatangkan faedah. aku hormat kamu kerana kamu juga pernah mengajar aku. tapi tak perlu lagi ungkit segalanya. ia hanya menambah luka di parut lama. kamu lebih tahu. itu pasti.
jadi, buang kisah lama. cuba yang terbaik tuk tidak sesekali mengungkitnya. aku tahu kamu lebih bijak bahagian itu. dan aku pohon jangan ungkit lagi kisah lalu, ia hanya mengingatkan aku pada kesilapan yang amat memalukan diri. terutama padaNya. aku tak sempurna tapi aku cuba ke arah itu. ku pohon, hormat permintaanku.
aku mungkin berkarakter tidak matang tapi pemikiranku tidak selalunya begitu. umurku bakal meningkat, hampir ku dengan mati juga bakal dekat. maka, maafkan segala kesilapanku.

No comments: