Thursday, December 31, 2009

twenty ten!!!

to my family and all my friends
happy new year
2010

i'm glad u're coming twenty ten (●*∩_∩*●)

Wednesday, December 30, 2009

jangan ungkit lagi

yang lepas tak perlu diungkit. tapi mengapa mahu terasa kalau di situ tidak pernah terselit satu nama pun yang mengatakan bahawa kamu empunya diri. aku diam tak bermakna aku bersetuju. aku maaf tak bermakna aku lupa. jangan rasa diri dipersalahkan dan jangan rasa diri salah. kita sama2 salah. kita sama tahu apa yang dah dilalui. maka, tutup cerita dan buka lembar baru. kamu telah buka lembar baru itu seawal kisah, belum pun kisah yang lalu tertutup rapat. maka, itu lebih bahagia bagi kamu kan?? jadi, jaga ia dengan baik. tak perlu berpatah balik.
tak perlu ada istilah "siapa makan cili, dialah terasa pedasnya" sebab kedua-duanya dah hadam cili tersebut. mungkin pedasnya lama tapi kamu ada seseorang tuk hilangkannya. maka, bersyukurlah dengan itu. tak perlu lagi ungkit kisah lalu. semua itu tak perlu. kita sama bahagia dengan cara masing2. jadi tak perlu terjerumus dengan kerunsingan yang pasti tak kan sudah. kita mungkin ada permulaan tapi penamatnya tiada. tiada yang baik tuk dijadikan penamat, jadi lebih baik diam dan biar ia tergantung sebegitu. itu lebih baik. sakitnya tak lama.
aku hormat kamu kerana tak semua perkara yang pernah dilalui tak mendatangkan faedah. aku hormat kamu kerana kamu juga pernah mengajar aku. tapi tak perlu lagi ungkit segalanya. ia hanya menambah luka di parut lama. kamu lebih tahu. itu pasti.
jadi, buang kisah lama. cuba yang terbaik tuk tidak sesekali mengungkitnya. aku tahu kamu lebih bijak bahagian itu. dan aku pohon jangan ungkit lagi kisah lalu, ia hanya mengingatkan aku pada kesilapan yang amat memalukan diri. terutama padaNya. aku tak sempurna tapi aku cuba ke arah itu. ku pohon, hormat permintaanku.
aku mungkin berkarakter tidak matang tapi pemikiranku tidak selalunya begitu. umurku bakal meningkat, hampir ku dengan mati juga bakal dekat. maka, maafkan segala kesilapanku.

Sunday, December 27, 2009

ular tedung selar

hampir maghrib, ayah menjerit dari dapur..."adik, malam ni kita makan luar tau. lepas isyak!!" seronok!! terus bersetuju tapi masih liat untuk turun menuju ke bilik air. lambat lagi maghrib. terdetik dalam hati. padahal lagi 5 minit je kot. selepas azan maghrib (20 minit selepas sebenarnya), bergerak menuju ke bilik air. kejap! perlu check sama ada pintu telah dikunci atau belom. okeh! siap dikunci. umi tak lupa seperti biasa. hmm...pelik! sesuatu berlingkar di tepi kaki. tiba2 bergerak. terkejut mungkin. siapa yang terkejut?? aku atau dia??? kedua-duanya. melompat aku lalu berlari jauh2 sampai dapur. "umi!!!! ular!!!!!!" umi solat rupanya. takde respon.

menunggu sebentar. ular bergerak masuk ke bawah almari. haisy~ umi solat lame btol. aku belom solat. jadi, aku tinggal je macam tu tanpa meneruskan pemerhatian. diri perlu bersih tuk solat. tetiba terdengar suara umi bertanya, "pebenda adik???" lalu aku menjerit kembali, " ular bawah almari!!!"

selepas solat menuju ke rumah jiran meminta bantuan. ayah masih di masjid. kecoh satu rumah. semuanya berani2 takut. tapi alhamdulillah, semua selamat. ular dipukul sampai mati. huu~ melawan btol ular tu. mengembang leher bila dipukul.

ular tedung selar. nasib baik tak patuk aku waktu aku berdiri tepi dia...syukur =)

Friday, December 25, 2009

only 21 years old

happy birthday
may Allah bless you
may you always success
may you always be happy

u're terrible person i have knew, u know?? really annoying (once). really too straight forward. really too fast to judge. really too fast to decide. really too fast to hurt. really too fast to change. really too fast to go. really too slow to forget.

i wish, i could wish to you like before (just deep in my heart actually and only for a moment thought) but never mind, still... happy birthday to you =)

Wednesday, December 23, 2009

seprais

malam ini bakal menaiki bas ke kl
9 pagi besok bakal menaiki bas ke gerik
ayah tak tau
rase2 seprais menjadi tak???
walaupon permulaannya telah kantoi. huu~

Friday, December 18, 2009

may be i don't mean to be it??

for any subject regarding the audiology course, i may do all these...
1) pay attention only for several minutes
2) copy all the notes without paying any attention towards the lectures
3) drawing ( skill that does not exist )
4) blur all the time
5) answering the question (wrongly of course) 0r confidently said, "I don't know"
6) chatting
7) messaging
8) dreaming
9) thousand blinking
10) praying for the class to finish earlier

audiologist does not exist with all the behaviors and i feel like i don't mean to be that. seriously!

----------------------------------------------------------------------------------

hard to sleep ( previous disease of mine), brain kept missing someone, heart did not know.
kept thinking that was not the right thing to do. heart burning. brain freezing. painful. never understood what had happened. glaring. blinking. focusing on the dark night. damn! still can not forget. flash by flash. like a flashing camera. all the memories flew right in front of the eyes. kept praying. please make me forget. please make me forget. please make me forget. at the end, just fell asleep with a little tears on my cheek.

i did not mean to be like that...please be strong!!

----------------------------------------------------------------------------------

a slow conversation. slow explanation. slow answering without fierceness. turn to blast. blast with impatiences. who to be blamed if the other side full of egos? just admit that you are the wrong one. then, the problem will be settled. heart never satisfied but it was the best way.

i did not mean to be like that...but had to!!

Sunday, December 13, 2009

post bila sedang menunggu

di kafe. perut lapar. makanan dah dapat tapi masih tidak mengisikan perut. tidak suke makan berseorangan. sedang menunggu rumate menghabiskan meeting yang baru 30 minit berlalu. bila datang kafe ni, waktu siang terutamanya mesti wajah seseorang dipandang (terpandang lebih tepat). siang lebih menyerlahkan wajahnya kukira.

mujur sekarang malam. maka, wajah itu sukar untuk wujud. bak kata seorang rakan, wajah yang sentiasa wujud di kafe terapung kebelakangan ini (semenjak exam period).

-----------------------------------------------------------------------------

telah lama tak menghubungi seorang rakan. sedikit terganggu perasaan untuk menghubunginya. maka, dibiar sepi dahulu. mungkin ini lebih baik. masih dengan falsafah, ikut arus masa.

berita gembira!!! terserempak dengan 'lelaki berlesung pipit' sebentar tadi. dy cute begitu! =)
hanya mampu tersenyum. timekaseh gak sebab memberi senyuman.

hanya suka tanpa niat =p

Saturday, December 12, 2009

meronggeng

hari ni, keputusan untuk mengeluarkan diri daripada kampus tercinta telah diambil. amat berkobar2 walaupum agak malas sebenarnya. banyak barang keperluan yang perlu dibeli. maka, kami menggerakkan diri ke east coast mall.

sebelum membeli barang2, tuntutan hati untuk menonton ninja assasin ditunaikan. cerita yang penuh dengan pertumpahan darah. naik pening kepala tengok darah banyak sangat. tapi bley bagi 4 bintang ah tuk cite tu. faktor utama sebab Rain yang berlakon =p.

selepas tuntutan hati ditunaikan, maka segala keperluan dipenuhi. masalahnya, yang tak masuk dalam list pon terbeli jugak. camne tu?? biase la...pompuan la katekan...=) tuntutan perut pon tak dilupa. melangkah kaki ke chicken rice shop. satu restoran (fenomena) baru di Kuantan =p.

kalau jalan2 tanpa mem'posing'kan diri di hadapan kamera memang tak sah. so, ni ar gambar2 yang agak comel2 kot....=p

bertiga jer...sorang lagi buat pahala..huu~ bila la kitorang nak rajin cam dia?? =(





gambar takde motif =)












Friday, December 11, 2009

kesedaran mungkin

lelaki tak datang bergolek
perempuan tak datang melayang

itulah beberapa bait ayat di dalam buku 'aku terima nikahnya' hasil penulisan Saifulislam. menarek! semalam lebih menarek apabila berpeluang mendengar ceramahnya secara dekat. penuh dengan unsur humor yang memberi kesan. bukan hanya jenaka kosong. bersyukur kerana Allah membukakan hati untuk menghadiri ceramah tersebut.

semalam tertanya2 juga, mengapa manusia sibuk mencari pasangan sedangkan Allah menetapkan jodoh mereka. tapi itulah jawapannya. tak semua apa yang kita mahu datang tanpa usaha. banyak soalan terjawab bila menghadiri ceramah drpd saifulislam walaupun buku dan blognya banya memberikan info, tapi apabila berpeluang menemui seseorang yang tinggi dalam ilmu2 agama secara dekat, itu lebih menarek!

---------------------------------------------------------------------

tak semua benda yang kita mahu pasti akan dapat. tak semua perkara yang kita rancang pasti berlaku dengan baik. semua mempunyai halangan dan kesannya. tapi setiap segala yang terjadi ada hikmahnya. cuma, sebagai manusia aku rasa aku lebih bijak dalam memilih mana baik dan mana yang buruk. pengalaman lalu dan sedang dialami amat memberi kesan. betullah kata orang tua, kalau tak makan garam mana nak tau rasanya.

tapi kadang2, ada pengalaman lalu yang amat susah tuk dibuang. minda, hati, jiwa serta roh bekerja kuat dalam menangani masalah itu. Alhamdulillah, 10 bulan setelah perkara itu berlalu banyak yang aku pelajari. cuma, kadang2 bila syaitan membisikkan nafsu tergelincir jua imannya. apa yang boleh membantu, hanyalah terus berpegang teguh pada jalan Allah.

tak salah menyayangi seseorang tapi biarlah sayang itu atas dasar ikhlas dan berpegang terus pada paksi Allah. tapi untuk melakukan sebegitu adalah susah. hanya yang betul2 tinggi imannya mampu begitu. jadi, sebagai insan yang masih lemah imannya, aku tetap dan cuba belajar untuk itu. yang pasti Allah lebih mengetahui segalanya.

terima hasih jua kepada yang pernah bersama aku dalam melalui pengalaman yang lepas. tapi, bagi aku semua pengalaman yang lepas hanyalah satu buku yang harus ditutup. tapi sebelum ditutup, pengajarannya akan aku semat dalam jiwa. biar berkekalan sampai mati. keterlanjuran itu memang disesali dan Insyaallah takkan kuulangi lagi.

biarlah semuanya berlaku mengikut peredaran masa. itu pasti....

Wednesday, December 9, 2009

luahan

sebelum bateri laptopku ini menunjukkan tanda pangkah, aku nak membuat sedikit update bagi blogku yang tak menarek mana ni. aku amatlah gelisah dengan resultku yang semakin merundum jatuh dari semester ke semester. bila di awal sem, macam2 benda dalam otak. nak study btol2 lah, nak fokus dalam kelas lah, taknak main2 lagi lah, bley dikatakan semua benda positif nak dilakukan. tapi bila masuk je first class, cita2 dan impian2 positif terbang macam tu je. faktor2 sebenar semua itu terjadi sedang disiasat. haisy~ macam mana nak buat?? selagi tak jumpa faktor sebenar kejadian, maka perkara2 negatif tidak dapat dihalang. tapi MASALAH PALING BESAR adalah even dah jumpa faktor sebenar pon, still buat bodo gak. initiatif ke arah kebaikan tak diamik2 gak. sedar tapi susah untuk dihakis sifat2 buruk yang wujud dalam diri ni.

jadi nya, sem ni aku masih bercita2 seperti itu walaupon rasanya kebarangkalian untuk berjaya amatlah rendah memandangkan subjek2 course yang tidak menarek dan juga tukang2 mengajarnya. bukan nak dikatakan salah pihak yang sana, tapi kalaulah mereka menghasilkan corak pengajaran yang lbey menarek, mungkin aku lebih fokus. hmm...yolah tu. haisy~

moga sem ni, resultku lbey mantap..amin~

Tuesday, December 8, 2009

worse

i already got the fully result of my final exam for last semester. as expected, my result worse than before. even my cgpa was not on 'red mark' but still worse. luckily and alhamdulillah, i passed all the subjects even though not with significant grades. still hope for the better or the best for this sem. please pray for me.

Ya Allah, permudahkan jalan untuk hamba-Mu dalam menuntut ilmu milikMU

Sunday, December 6, 2009