Friday, February 19, 2010

upset

marah. bengang. sakit hati. kecewa. jangan fikir aku diam, aku patuh. jangan fikir aku diam, aku dungu. jangan fikir aku diam, aku bodoh. jangan fikir aku diam, aku tiada perasaan. jangan fikir aku diam, aku bersetuju. jangan fikir aku diam, kamu semua boleh pijak kepala aku. jangan fikir aku diam, aku tak tahu marah.
jangan sesekali cari pasal dengan aku. aku sentiasa simpan dan lampiaskan pada benda lain. jangan biarkan aku lampiaskan pada kau semua. aku masih boleh sabar. aku masih boleh diam. aku tahu aku tak sempurna dan aku tahu aku buat silap. tapi jaga kata2 kau. terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya! mulut jangan busuk. hati jangan kotor. aku diam tak bermakna aku mengaku.
kalau rasa diri hebat, jangan pandang rendah pada orang lain. selagi aku bertahan, aku tahan dengan kau. aku mungkin tak sehebat kau dalam meluahkan amarah tapi aku juga tahu marah. aku senyum dan angguk tak bermakna aku pasrah dengan kau. kerana aku tak bodoh untuk sentiasa menuding jari pada orang lain. kalau rasa diri tidak mahu dikatakan bodoh, berhentilah berperangai begitu.
kerja aku bukan menjaga kebajikan kau semua sahaja. banyak lagi kerja yang perlu aku utamakn. duit aku tak sekepuk kau semua. boleh tukar handphone tiap2 sem, boleh topup tiap2 minggu. aku bukan anak orang kaya. aku cuma sederhana dari segala benda. kalau aku terkurang memberitahu pada yang lain, bantulah aku dalam memberitahu. bukan menyumpah seranah aku di belakang. berhentilah jadi TALAM! kalau kau semua talam berisi tidak mengapa tapi kau semua talam kosong. talam karat yang tak boleh guna. sental banyak kali baru kembali elok. jadi, aku tak nak menyusahkan diri menyental kau semua.
kau semua berpijak di atas bumi yang sama dengan aku. belajar sama dengan aku. cuma cara pemahaman kita yang berbeza. kalau kau semua rasa amat hebat, bagus! tapi jangan terlalu menunjukkan sikap annoying kau semua. aku penat dengan sikap kau semua. berpura2 nombor satu. aku ada kekurangan dalam memarahi orang tapi mungkin itu satu kelebihan untuk aku. tapi tolonglah jangan terlalu berlagak di hadapan aku. aku tak mahu jadi golongan talam seperti kau semua.
dosa yang aku ada mungkin tak tertanggung, ini pulak nak menambah dosa yang aku sendiri boleh elakkan. tapi aku tetap pohon, pohon jangan begitu lagi. kau semua ada otak tuk berfikir. jadi sama2 lah kita berfikir dan sama2 berubah ke arah kebaikan. aku penat marah orang sebab aku bukan jenis yang senang tuk melampiaskannya. jadi hormat aku bila kau semua dah setuju memilih aku. aku tak pinta dipilih tapi kau semua yang memilih. aku berhak dihormati. kau semua juga begitu. jadi, respect other people, then people will respect you back.
aku mula annoying dengan kamu si 'A'!! kamu si angkuh bermulut celupar...

2 comments:

Anonymous said...

kuih tepung talam?

needa zainuddin said...

takde..talam bermuke2 ade.huu~