Monday, February 22, 2010

hikmah atau hipokrit

merungut tentang kerja orang lain, senang
mengutuk kerja orang lain, senang
menayangkan muka tak puas hati atas kerja orang lain, senang
menyakitkan hati orang lain, senang
cuba berada di tempat aku dan laksanakan segala tugas tanpa kerumitan
masih senang???
aku lembut hati. itu kata seorang teman. teman di sekeliling menjadi tempat luahan atas ketidak puasan hati sendiri. itu juga kata seorang teman. tapi aku tetap aku. masih sukar untuk melampiaskan amarah pada yang berhak menerimanya. mengapa?? aku lebih memilih untuk menyimpan daripada memarahi kerana air mata mudah mengalir bila amarahku dilampias. jadi, menyimpan perasaan amarah lebih baik kurasa.
hipokritkah aku dengan diri sendiri?? atau ia satu hikmah buat diri??

No comments: