Sunday, August 30, 2009

ramadhan

ramadhan.
syaitan dibelenggu, nafsu dilepaskan. pernahkah tahu tahap kedegilan nafsu??
tahapnye adalah berkali ganda lbey tinggi drpd syaitan. jika syaitan mengaku bahawa Allah adalah tuhannya dan dia adalah hamba setelah sekali dihukum tetapi nafsu hanya mengaku setelah 3 kali dihukum. bahayanya nafsu tapi hanya segelintir yg sedar.
ramadhan.
penoh dugaan. begitu panas pd siang hari memberi kesan pada semua umat. dahaga. bazar pula penoh dengan air2 yg nikamat. pernahkah kita terfikir, panas di dunia ini hanyalah serpihan dr panas neraka jahannam. untuk dekati api yg sikit di dunia pon tidak tertahan, inikan pula api dr neraka jahannam. tahukah kita asal api di dunia ini?
asalnya apabila adam dan hawa memerlukannya untuk masak, lalu Jibril mengambil sedikit api dr neraka iaitu hanya sebesar biji selasih (jikalau xsalah) lalu dibasuh dengan 7 air syurga dan diletakkan di atas sebuah gunung, maka leburlah gunung itu. dengan sedikit api yg ada itulah yg kita gunakan pada masa kini. panas kan?
ramadhan.
pernahkah kita terdengar pepatah bahawa dunia ini hanyalah harga sebelah sayap nyamuk? menyertai usrah bukanlah suatu perkara yg membuang masa tp amat berfaedah pada diri yg ketandusan ilmu ttg akhirat terutamanya. takut terdengar hebatnya siksaan di neraka tapi begitu sejuk mendengar nikmat di syurga. berbalik kepada pepatah sebelum ini, ceritanya bermula pd zaman pemerintahan raja namrud. Allah memerintah seekor nyamuk lalu memasuki hidung namrud ketika dia leka menghidu bunga di taman. nyamuk menyerang sehingga ke otak namrud dan kerana tindakan namrud yg menggoncang2 kepalanya sehingga terkeluar sebelah sayap nyamuk, namrud mati. mati hanya kerana seekor nyamuk. dgn kuasa Allah nyamuk tidak mati dan keluar tanpa boleh terbang. Allah menawarkan segalanya kepada nyamuk termasuk dunia ini, tapi yang hanya dipilih adalah sebelah sayapnya kembali. Jadi, inilah harga dunia yg kadang2 terlalu kita kejari dan agung2kan. hanya harga sebelah sayap nyamuk.
ramadhan.
bulan mulia. penuh keberkatan. rugi kepada insan yg sambil lewa manghadapinya. ramadhan. bulan untuk lebih bermuhasabah. kadang2 diri juga leka. hidup penoh tawa. kdg2 terlupa. moga berkat bulan ini, diri ini selalu sedar bahawa diri hanyalah hamba yg hina dan amat lemah di sisNya. rakan2 dan taulan, moga dapat sedikit iktibar drpd entry yg xseberapa ini. jika ada kesalahan
drpd cerita yg dismpaikan, harap dpt diperbetolkan. apa yg terbaik hanyalah dariNya.

No comments: