Thursday, July 16, 2009

yang pergi xkan kembali

AL-FATIHAH untuk arwah papa WAN NURUL AZYAN yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5am pagi semalam.
~ setiap yang hidup pasti akan mati~

------------------------------------------------------------------------

ape perasaan kite bile kehilangan orang tersyg? sedeh. itu yang pasti. kehilangan papa azy mengingatkan kembali aku kepade waktu dan ketike emak pergi meninggalkan aku. sudah 9 tahun lamenye. bile teringatkan itu, hati mule terase sebak. perasaan sukar ditafsirkan. hanya fatihah, zikir, doa serta ayat2 suci yang mampu disedekahkan. moga emak tergolong dalam golongan yg solehah. amin~

umurku 2 tahun, emak mule mendapat penyakit yang sukar untuk ditafsirkan. kuat menahan sakit selame 10 tahun. menghembuskan nafas terakhirnya pade pukul 4.45 pm, 31 disember 2000. mata hanya mampu menyaksikan tanpa sebarang kata. ayah menahan sebak di sebelah emak sambil mengajar emak menuturkan kalimah syahadah. kata2 emak hari sebelum die dijemput Ilahi, "adik duk la kat bilik tu, nanti turun2 mak dah xdak..." ape yg terjadi mmg seperti yg telah diperkatekan. sebak kembali bertakhta bile ingatan itu datang. kesilapan bodoh yang dilakukan dengan sengaje. maaf kerna mnjadi anak yg kurang taat.

1- "mak, napa tak masak tp ayah yang masak?"
2- "mak, napa x gi sekolah adik. semua mak org lain pegi"
3- " mak ni, baring je keja.."
4- "mak, jom ar tgk tv ngan adik"
5- "mak, jom ar gi pekan gerik ngan adik"
6- "mak ni...x syang adik ka?"
untuk permintaan2 dan soalan di atas, hanye satu jawapan yg diberi:- "mak sakit la dik...mu x nmpak ka mak xlarat ni..." lalu diri hanya mengangguk pasrah. bukan anak yg rajin dan baik tuk meringankan beban emak tp anak yg kadang2...selalu kurase menyinggung perasaannye. betul la org kate, menyesal sekarang tidak bergune.

memasuki sekolah agame berasrama yg dihajati emak hanya 11 hari sejurus emak pergi mmg memeritkan. home sick selame 2 bulan. menangis di telefon bercakap dgn ayah. mengadu pade kakak, "sedey..tipon xdpt ckp dengan mak..." kakak hanye mengalirkan air mate tuk kenyataan itu. walaupun di situ selame 3 tahun, harap aku ttp dpt menunaikan hajat emak walaupun sekejap.

14 tahun umurku, memberi izin kpd ayah tuk berteman lagi. menentang tp sebak bile kakak mengkhabarkan, "ayah makan mcm org dah lame x makn bile kak blk cuti masak tuk dia." ya..mmg teman yg diperlukan tuk seorang ayah yg keseorangan di rumah. menangis di tikar sembahyang sambil melihat katil tempat tidur mak di sebelah. hari2 manziarahi pusara. aku tahu, ayah lebih sukar untuk semua yg terjadi.

waktu hari pernikahan ayah, ayah datang kepdaku lalu mengucup dahi dan berkate, "ayah mintak maap sbb kawen lagi dan tima kaseh sbb bagi org jaga ayah." tiada kata yg mampu dilafazkan tika itu. hanya mampu memeluk ayah kembali. terima kasih umi sbb sudi jaga ayah. mmg org ckp emak tiri xkan same dgn emak kandung, tp umi ttp tabah walaupun byk yg die kene dgr. tapi hakikat itu mmg benar...umi xsama dgn emak. tapi aku tahu, umi dah cube yg terbaik. terima ksih untuk itu.

---------------------------------------------------------------------------

moge aku mnjadi anak yg solehah...amin~

10 comments:

hannaani said...

gile la nida!nak menitik air mata org bace post ni!

needa zainuddin said...

mane de giler. cume mnceritekn yg benar..

Anonymous said...

Dik Da, berderai air mata makcik & Yah mambaca post Ida. Sedeynya...Sesungguhnya ayah Ida seorang ayah yang satu dalam 1000. Bertuah Ida dan keluarga mempunyainya.Jagalah hatinya dan Umi dengan baik.

needa zainuddin said...

cik normah n yah: insyaallah ida jaga ayah n umi leklok. kadang2 kita kene ingt apa yg dah jadi tuk sedarkn diri sndiri..

Mohamad Faizal Abdul Ralib said...

Dunia ini penuh cabaran dik needa.. Be strong ok..

What we can do, say to them we love them when they are with us...

needa zainuddin said...

abg ja: tu ah..ni nk kene bertabah tros nih!=p

Anonymous said...

dan skali lg aku menistiskan air mata...di kala kejauhan ini ingatan ku mula mlayang mngingati sumenye yg terjadi..pada suamiku ku meluahkan segalanya...yg mmpu ku ucapkan hanyalah MAKKKKK....

needa zainuddin said...

kakak emo!

Mohd Hamezan Mohd Zainuddin said...

Post yg boleh leleh air mata tapi aku TABAH

needa zainuddin said...

mohd hamezan: eleh...mst bergenang air mata mu kn...hehehe!