sampai di pudu tepat jam 7 malam. penat. perjalanan selama 4 jam dari kuantan kadang2 amat membosankan. tambahan lagi, apabila tiada teman bicara di sebelah. hanya menyepi dan mendengar lagu2 kegemaran. 19 buah lagu melayu dalam senarai kegemaran tapi hanya 18 yang didengari. hanya aku tahu kenapa.
menunggu abangku selama lebih kurang 40 minit untuk mengambilku pulang. menjadi pembonceng motor di belakang. menyelit sana sini. penduduk bandar2 sesak memang handal berbuat begitu. tahniah untuk abangku. tiba sahaja di rumah, soalan pertama diajukan. "tak tengok MU ke sok?", jawapan yang didengari, "aku dapat 7 tiket percuma tuk tengok MU tapi semua dah bagi kat kenkawan". agak terkilan mendengarnya. kerana sedikit berhajat untuk melihat pasukan kegemaran beraksi walaupun hero kesayanganku sudah meninggalkan Red Devil.
dan hari ini pula, ayah dan umi tiba dari kampung. membawa buah rambutan serta durian sebagai buah tangan untuk abang serta keluarganya. bahagianku tetap ada. itu yang pasti =). pulang dari membuang masa bersama kawan2 di midvalley, ayah sedang menunggu di ruang tamu rumah abangku. salam dan ciuman diberi. rindu terhapus.
agak terkilan pada hari ini, niat di hati mahu menonton sama ada transformers atau harry potter tapi hanya ice age yang mampu. jadi, backup plan dibuat. semua itu akan kuusahakan di kuantan nanti.
blog yang tidak patut dibaca, terus dibaca. older posts yang tidak dibuka, dibuka jua pada hari ini. baru hari ini tahu keseluruhan cerita. hati dapat menerima dengan tenang. andaian selama ini memang tepat. sedikit pun tidak lari dari sangkaan. itu aku amat pasti. sejak krisis bermula lagi. cuma manusia tidak semuanya berani untuk berterus terang kerana takut diri disalah erti.
satu kejadian yang dialamiku kini. makin aku mengelak, makin kerap ku 'terserempak'. sigh
lagu laskar pelangi didengar berkali2. tanpa bosan. itu lagu kegemaran kini =)

No comments:
Post a Comment