Monday, June 14, 2010

suka2

perhimpunan keluarga walaupun tak cukup korum memang menyeronokkan. bermain ngan anak2 sedara, gelak2 ngan abang2 dan kakak2 n the most important thing dapat tengok world cup ramai2 n sama2. memang best! yang pastinya cuti kali ni aku pegang cacing. sebabnya abang sulong aku ajak tahan 'tauk'. tauk ni ala2 pancing gak ar cuma dia pendek2 n ditahan di mana2 area sungai. setelah sebanyak 11 tauk ditahan berumpankan cacing, kami berjaya mendapat 6 ekor ikan baung. tapi ikannya takde la besar mane pon. kakak ipar sulongku wat masak asam tempoyak. aku makan kuah je memandangkan ikan2 tu makan cacing dan akulah manusia yang letakkan umpan cacing tu, maka aku tidak menyentuh langsung ikan2 itu. geli!! puas hati dapat ikan tapi geli nak makan. sengal tol~

kelmarin tengok perlawanan ARGENTINA vs NIGERIA. walaupon pasukan feveret menang tapi still tak puas hati ngan permainan diorang. aku mengharapkan ARG dapat lebih drpd 1 tapi 1-0 je. tapi takpelah..yang paling mengecewakan MESSI tak wat sebarang jaringan. huh! very frustrated. ENG vs USA pon mengecewakan aku. macam mane la si Green tu leh terlepas bola yg slow tu. tapi takpelah mungkin bukan rezeki. kalo tak, mesti England menang bergaya ngan sepakan Gerrard tue. hasiy! paling best German..go German!!! go!!! hahaa! 4-0 tu. saye suke!!! tak sabar mahu tonton Portugal pula. hehhehe!!(^_^) saye suke CAWAN BOLA!!

No comments: