Friday, June 4, 2010

betullah orang kata apa yang terjadi kat bumi ni mesti berpunca drpd manusia jugak. benda macam ni memang amat diakui bila terjadi di depan mata, tempat sendiri, tanah tumpah sendiri. mengharapkan semuanya kembali pulih seperti biasa tanpa sebarang langkah memang bukan satu cara yang baik. biarkan perkara mungkar dan hina terus terjadi memang hanya mengundang busuk dan hina pada pandangan orang lain. sejak aku lahir hingga sekarang tempat ini tak pernah berubah baik penghuninya mahupun keadaannya. tapi apa yang mengecewakan, masyarakat di sini tak pernah berubah. berubah ke arah kebaikan boleh dikira dengan jari, yang lain entah menyelewang ke mana.

berbicara dengan seseorang yang kita tahu tindak tanduknya tanpa menonjolkan rasa jengkel terhadapnya adalah satu perkara yang amat hipokrit aku rasa. dan aku manusia hipokrit tersebut. tipu jika tiada sebarang rasa dalam hati terhadap perkara terkutuk yang dia lakukan. tipu jika aku tidak kasihan terhadapnya tapi dia seperti tiada keinsafan dalam diri. kata2 hanya terluah seperti bangga dengan apa yang terjadi. dia tak pernah berubah. itu yang amat kesali. tambah dikesali dia saudara dekatku jua. memalukan keluarga, agama dan masyarakat sekeliling seperti tidak meninggalkan kesan apa2 dalam hati. kerasnya hati.

jika masih milik orang, jagalah sebaiknya. jika tiada jodoh, pisah cara baik. bukan ini caranya. sedarlah. aku pohon. kerana kamu saudaraku.

No comments: