Monday, June 21, 2010

huh!

bosan. nak update blog takde idea. jadual harian tetap same. sekarang hari2 masih giat menonton cawan dunia. moga pasukan kegemaran berjaya untuk terus maju. tapi yang pastinya aku takkan berpeluang untuk menonton perlawanan akhir bulan 7 nanti. haisy~ sekarang tengah mengumpul nafsu, semangat dan tenaga tuk meneruskan sem seterusnya. moga berjaya!!!!
huh!huh!huh!huh!huh!huh!huh!
fighting!!!!!!!!

Monday, June 14, 2010

suka2

perhimpunan keluarga walaupun tak cukup korum memang menyeronokkan. bermain ngan anak2 sedara, gelak2 ngan abang2 dan kakak2 n the most important thing dapat tengok world cup ramai2 n sama2. memang best! yang pastinya cuti kali ni aku pegang cacing. sebabnya abang sulong aku ajak tahan 'tauk'. tauk ni ala2 pancing gak ar cuma dia pendek2 n ditahan di mana2 area sungai. setelah sebanyak 11 tauk ditahan berumpankan cacing, kami berjaya mendapat 6 ekor ikan baung. tapi ikannya takde la besar mane pon. kakak ipar sulongku wat masak asam tempoyak. aku makan kuah je memandangkan ikan2 tu makan cacing dan akulah manusia yang letakkan umpan cacing tu, maka aku tidak menyentuh langsung ikan2 itu. geli!! puas hati dapat ikan tapi geli nak makan. sengal tol~

kelmarin tengok perlawanan ARGENTINA vs NIGERIA. walaupon pasukan feveret menang tapi still tak puas hati ngan permainan diorang. aku mengharapkan ARG dapat lebih drpd 1 tapi 1-0 je. tapi takpelah..yang paling mengecewakan MESSI tak wat sebarang jaringan. huh! very frustrated. ENG vs USA pon mengecewakan aku. macam mane la si Green tu leh terlepas bola yg slow tu. tapi takpelah mungkin bukan rezeki. kalo tak, mesti England menang bergaya ngan sepakan Gerrard tue. hasiy! paling best German..go German!!! go!!! hahaa! 4-0 tu. saye suke!!! tak sabar mahu tonton Portugal pula. hehhehe!!(^_^) saye suke CAWAN BOLA!!

Friday, June 4, 2010

betullah orang kata apa yang terjadi kat bumi ni mesti berpunca drpd manusia jugak. benda macam ni memang amat diakui bila terjadi di depan mata, tempat sendiri, tanah tumpah sendiri. mengharapkan semuanya kembali pulih seperti biasa tanpa sebarang langkah memang bukan satu cara yang baik. biarkan perkara mungkar dan hina terus terjadi memang hanya mengundang busuk dan hina pada pandangan orang lain. sejak aku lahir hingga sekarang tempat ini tak pernah berubah baik penghuninya mahupun keadaannya. tapi apa yang mengecewakan, masyarakat di sini tak pernah berubah. berubah ke arah kebaikan boleh dikira dengan jari, yang lain entah menyelewang ke mana.

berbicara dengan seseorang yang kita tahu tindak tanduknya tanpa menonjolkan rasa jengkel terhadapnya adalah satu perkara yang amat hipokrit aku rasa. dan aku manusia hipokrit tersebut. tipu jika tiada sebarang rasa dalam hati terhadap perkara terkutuk yang dia lakukan. tipu jika aku tidak kasihan terhadapnya tapi dia seperti tiada keinsafan dalam diri. kata2 hanya terluah seperti bangga dengan apa yang terjadi. dia tak pernah berubah. itu yang amat kesali. tambah dikesali dia saudara dekatku jua. memalukan keluarga, agama dan masyarakat sekeliling seperti tidak meninggalkan kesan apa2 dalam hati. kerasnya hati.

jika masih milik orang, jagalah sebaiknya. jika tiada jodoh, pisah cara baik. bukan ini caranya. sedarlah. aku pohon. kerana kamu saudaraku.