rase macam dah lame tak post blog tapi baru 2 minggu je. cadang2 nye nak post bile dah masuk sem baru nanti tapi alang2 dah bukak blog ni, mahu lah dicoretkan sedikit cerita yang tak seberapa.
pen pemacu. betulkah bile ditukarkan word pendrive ke dalam bahasa melayu akan menjadi seperti itu? tidak mengapalah...bukan isu yang penting. aku mempunyai 2 pen pemacu di mana berkapasiti 512MB dan juga 4 G. semalam, apabila seorang rakan meminta pertolongan untuk meminjam salah satu pen pemacu ku, maka barulah tergerak hati untuk memeriksa keadaan pen pemacu yang berkapasiti lebih rendah. sudah lama tidak menggunakannya. seingat aku, sebelum raya aku pernah membuka dan semua file2 di dalamnya berkeadaan baik seperti sebelumnya.
malangnya, semalam keadaannya tidak seperti itu lagi. komputer riba ku dan dua orang rakanku tidak dapat mendetect pon kehadiran pen pemacu ku. hati sudah bergolak. tidak dapat menyelamatkan satu pon file2 di dalamnya. telah cuba sedaya upaya untuk membukanya tapi tetap tidak berjaya. rosak begitu sahaja kukira. haisy~
kata rakan ku, "baguslah...biar semua file2 tu ilang" sambil ketawa. aku tahu betapa dia tidak suka aku menyimpan semua2 file yang ada tapi itu kenangan. untuk memadamnya seperti bukan masanya lagi. Hmm...pelik. mungkin petanda atas doa2 yang aku sering ucap kepadaNya.
mungkin jalan untuk aku terus maju dan menuju kepada apa yang ku sering pintakan kepadaNya. jika itu petanda dariNya, maka aku sedar.
No comments:
Post a Comment