Thursday, December 16, 2010

---------------------------

salam sejahtera

semalam aku tido dengan nyenyak nye. tapi senyenyak mane pon tido mesti ade mimpi kat hujung2 tido tu. aku boleh join team inception tak agak2? ermm..aku mimpi batuk2 sampai siap gi jumpa doc lagi tp yang peliknya pegi jumpa je tapi tak amik ubat pon. then aku mula mimpi ngarut2. haisy~

tapi ape yang benar di sini adalah bila aku bangun je tido, batuk2 aku terus menjadi2. semalam before tido takde la sangat. mata pon dah mula berair2. hidung pon dah sokseh2 dah. gara2 cuaca kat kuantan yang tak menentu kah? tak pe lah, yang penting aku tak demam dan menyebabkab aku kene amik mc. ini yang aku tak suka. maka aku masih bersyukur dengan kesihatan aku sekarang.hehhe! sejak masuk uia kuantan ni kan, satu bende je yang aku perasan aku senang buat. senang bersyukur. apa2 yang jadi mesti aku cakap aku bersyukur dulu.hahha! moga berpanjangan lah ye perangai camni.

sekarang di bilik tanpa peneman. dia ade clinic arini. aku punya sesi minggu ni batal gara2 seseorang kecil hati. awal2 sem dah kecik hati. haisy~ kalo tengah2 sem makan hati jantung limpa segala bagai la nampaknya. terima je la. aku ni kan student je walaupon bukan lah aku puncanya.hahha! bak kata ramai orang, aku kene tempias.

masih dalam mode tak tau nak buat apa. maka aku decide nak tengok cite pasni. then, aku nak gi kafe beli apa yang patot. seterusnya menyiapkan pakaian tuk ke kelas pada pukul 2pm nanti. moga dapat fokus dengan jayanya. sebab cita2 aku sekarang adalah untuk menaikkan balik resultku yang jatuh gedebuk! tu. =)

maka dengan itu, wassalam...

Wednesday, December 15, 2010

alhamdulillah~

finally, aku berjaya gak tuk mengecheck resultku yang suspended disebabkan tak bayar yuran. setelah kuar masuk finance akhirnya berjaya juga. hmm...result tak seperti yang diharapkan. jatuh gedebuk! buk! buk! wah! saya hebat! tapi alhamdulillah, semuanya lulus. kalau lah, ini kalau ye tapi nampak sangat lah dah takkan dapat kan. kalau lah 2 subjects tu aku dapat tinggi sikit mesti dapat maintain pointer. ermm..tapi nampak sangat lah tak sebab ni kalau. hahha! camne pon, aku akan cuba untuk meningkatkan resultku seperti yang aku pernah canang2 kan pada sem2 lepas. so, wish me luck lah ye.

ermm...aku takot gile lah sama lecturer aku sorang ni. sampai benda betol pon aku rasa salah kalo aku ngadap dy. isy!

Thursday, December 2, 2010

dubai lagi

hari ni fully duk umah je. tak larat nak jalan mane2 walopun bosan gak sebenarnya. semalam puas bermain di ski dubai. berpeluang memakai but ski for d 1st time tp disebabkan aku asek jatuh so aku give up main. duk diam2 kat bench tangkap gambo dak berdua tu bermain. ok la tu. bosan2 tetiba ada staff kat situ datang beramah mesra. siap suh aku ajar what's ur name in malay lagi.hahah! kalo dy apply dekat semua customer yang g main kat situ nanti aku gak dapat pahala. hahaha! nama dy hafiz and from morocco. dah keje kat dubai for 4 years. semangat tanya aku suka dubai lagi ke or malaysia. of course la aku jawab malaysia.hahaha! oh, lupa nak mention tadi. awal2 masuk ski dubai teros jumpa family from kl. diorang datang bercuti. arini balik malaysia. sempat gak aku n anak2 sedara jadi model lam ski dubai tu. hahhaha! batapa gila nya semalam kena layan si sarah ni. berejam2 duk dalam tempat sejuk tu. nak mati dah aku. tapi sebab siap tarik muka lagi dak ni terpaksa la ikot. kang tak pasal2 nanges. hampes! erm..kitorang balik pon dah nak dekat kul 9 pm lebey. penat seyh! tapi malam nya after mandi aku tak ley nak tido coz badan sakit2 n sengal2. so, aku layan korean drama, Pasta sampai kul 1. nak dekat kul 2am baru ley lena. memang pagi nak kat kul 10 ar baru bangun. tu pon sebabb ameerah tasneen kaco.hahha!
ermm..arini konon2 nak study auditory disorder sikit. memang sikit betol aku study, yang lain semua buku tu yang study aku. siap mimpi ngarut2 agi. bangun2 tida dapat msg ade orang tolong reload RM50 tapi tak tau sapa. orang2 terdekat dikenali semua cakap tak. hmm..musykil. nampak sangat celcom sayang aku lebey.hahha! tadi jalan2 jap belakang bangunan apartment ni. tengok yatch orang2 kaya lagi sekali. orang dubai memang kaya. putih mata je la tengok.hahha!

dah tak tau nak update ape. mahu jalan2 sini puas2 walaupon malas. nak upload gambo tapi malas juge. haisy~ balik malaysia nanti lah.

assalamualaikum!!!!