Monday, April 19, 2010

Anding vs Anuar Zain

semalam waktu kat KLIA nampak la Anding. berglasses bagai. tengok sekali memang tak cam la. then, kakak aku cakap sebab tu la dy pakai glasses, taknak orang cam. takut kena serbu. pastu aku ngan selambe nye cakap, ala..kalo dy xpakai glasses pon takde maknenye ade orang nak serbu. kakak ku lalu menjawab, kuang asam gila ang. aku menyampaikan niat di hati kepada kakakku untuk bergambar dengan Anding, kakak aku cakap pegi la. tapi aku tak pergi pon sebab dia bukan Anuar Zain.
waktu nak beli breakfast pon, pegi tempat yang same ngan si artis tu. tapi memang tak rase gak nak tengok lame2 pon. sebab dia Anding. skali lagi jawapan tu keluar dari mulut aku. cuba kalo Anding tu Anuar Zain, memang aku akan jadi minah gedik lagi terhegeh2 ar nak gi amik gambar ngan dia. tapi disebabkan dia Anding, maka sifat gedik aku tersimpan teguh di dalam diri.
akibat terlalu memikirkan kalo lah Anding tu Anuar Zain, maka malam tadi aku mengalami mimpi aneh tapi menggembirakan. sebijik situasi seperti di KLIA semalam, cuma yang bezanya Anding itu adalah Anuar Zain. memang automatik ar aku lepas beg semua menuju ke arah dia lalu berkata, saya nak amik gambar dengan 'abg Anuar' boleh?? dengan senyuman manis, dia cakap boleh. waaaaaahhhh!!! gile best! jantungku berdegup kencang! memang rasa macam di kayangan. tetiba degar macam ketukan pintu. ok! kakak aku kejut subuh. memang jatuh katil ar. haisy~ kalaulah itu bukan mimpi. huu~
sape lagi artis femes kat Malaysia yang aku boleh bagi tumpuan ek?? Sein Ruffedge!! tapi dia dah kawen. so, penangannya tak sehebat Anuar Zain ar. hehehe!

Saturday, April 17, 2010

midvalley=weekend=tak menarek

midvalley. dah lame aku tak menjejakkan kaki ke situ. cadangnye mau pergi hari jumaat tapi jadual bertukar sebab kakakku yg berbadan dua tak larat nak menggerakkan diri. so, kitorang pergi hari ni. giler ramai!! ramai giler! akibatnya semua tempat yang dijejaki di situ kepenuhan. sesak. tetibe plak arini budak2 dari sekolah mane ntah boley plak wat lawatan kat situ. gile serabut plus serabai. huh!

kononnya kakakku nak beli Crocs tp crocodile pon dy tak beli. aleh2 aku yang dapat kasut sepasang. pembetulan, bukan dapat tapi beli. pastu baru dapat. pusing2 midvalley. naik turun. tengok model2 bercatwalk. haisy~ macam takde hala tuju tadi. berkenan ngan satu beg. giler cantik! (bagi aku la beg tu cantik, orang lain tengok aku tak tau la plak). tapi boleh belek2 jer. nak beli tak mampu. pembelian kasutku menyebabkan aku pokai. nak beli kasut rm30 je paling mahal, aleh2 ter'up' plak harga kasutnye. takpe2, janji puas hati. ayat penyedap hati. huh!

erm..barang2 tak fully pack lagi. pagi2 esok sedah mahu menggerakkan kaki ke KLIA. malas la plak. skang tengah layan cite taiwan, 'Down With Love'. sesape yang rajin, tengok ar cite ni. best! sweet, kiut miut, klakar. hehehe!

nanti bebile rajin, blog ini bakal diupdate lagi (^_^)

p/s: midvalley amat tak menarek bile weekend. huh!

Friday, April 16, 2010

update gak!

okay! agak dah lame aku tak menupdatekan diri dengan blog. maklumlah. kat umah di gerik, tiada perkhidmatan internet. bosan! tapi tetap 'home sweet home'. banyak benda yang dah jadi dalam 2 minggu ni. semua nye menarek belaka. pulang ke gerik beramai2. berjumpa sanak saudara. kenduri kendara. durian runtuh. semuanya best! oh, tak lupa juga. hasrat tuk mandi di sungai berjaya ditunaikan. walaupon tak menyertai aktiviti mandi manda beramai2 di Lata Lawin tapi tetap mengkabulkan hajat dengan mandi di sungai belakang umah. air sungai panas! serius panas!. gerik panas sekarang. hujan aaammmmmaaaattt jarang! air sungai kering. paling dalam pon takat peha ja. tak best! tak macam dulu2. waktu aku kecik2. air sungai sejuk. dalam. sampai bley lemas. sebab aku pendek atau air dalam, aku pon tak pasti. tapi sejuk itu amat pasti. boleh panjat2 pokok. panjat2 batu. pastu terjun. main kejar2 dalam sungai. aci sorok batu. semua menarek permainan waktu kecik. tak lupa, aksi terjunan terhebat! pon menarek. bila ingat semua tu, best nye waktu kecik. semua menarek. semua dipandang mudah. tiada masalah. semua indah belaka. (aku dah mula melalut). berbalik kepada cerita asal, Ameerah Tasneem anak kepada abangku nombor 5 menjadi tumpuan. comel! amat comel tapi pongoh! tak dapat apa yang dia nak, teros ngamuk. golek2 atas lantai. baru satahun 2 bulan tu. hebat tol dak kecik tu. semua cakap perangai dia pongoh macam ayah dia tapi ayah dia tak pasal2 cakap perangai dia cam aku waktu kecik. haisy~ tapi perangai aku memang buruk pon waktu kecik. skang, molek sikit je. menghina diri sendiri. tak baik~ anak2 sedara yang lain membesar dengan jayanya. semua dah gedik ada pakwe makwe segala. budak2 sekarang memang advance! dan akibatnya. keadaan itu menyedarkan aku bahawa aku semakin tua. tapi perangai camni ar...azam tuk berubah berkali2 tapi macam takde perubahan pon.


dulu waktu borak2 ngan ayah, dia pesan, "adik, nanti dik takleh kawen awal2. duk ngan ayah dulu pas belajar. anak ayah yang lain2 ni semua pas belajo tros nak kawen. adik 28 baru bleh kawen." lalu aku membalas, "gila lambat 28!!!" dan baru2 ni ayah cakap, "adik, nanti kawen 26 la. 28 lambat sangat. nanti anak2 lambat sekolah." lalu aku mebalas, "pulak dah!" yang pastinya jodoh tak datang bergolek. kalo nak keterangan lanjut tentang jodoh tak datang bergolek ni, bace ar buku 'cinta sampai syurga', karangan ustaz Hasrizal. sempat plak aku mempromot. heh! ape lagi ek nak tulis?? ha...cuti kali ni, aku pergi sabah lagi. pemergian yang tak dirancang. tiket Air Asia yang aku beli waktu promosi dulu, sia2 je. burn camtu je. semuanya gara2 kenduri 10 hb hari tu. lebuh duit aku. haisy~ walopon rm76 je tapi still BURN! pastu, tiket ihsan abang iparku dari sabah ke kl juga burn. semuanya gara2 tarikh pergi dan balik yang asyik dipinda2. maka, kali ni aku pergi sabah dengan MAS pulak. hasil ihsan ayah kepada Ameerah Tasneem. nak jalan jaoh2 tapi duit takde. so, ihsan drpd abang2 amatlah dihargai. i'm broke! gile berhabuk poket sem ni. mana pergi ntah duit2 yang pernah wujud dalam simpanan ku. yang pastinya, gi sabah ngan poket kosong. gila mencabar. percutian tanpa wang!


walopon kat umah ni, hari2 aku gelak. aku suka. aku gembira. tapi debaran di dada ni, hanya Allah je yang tahu. riso weh! gile riso. result exam lagi bape hari je nak kuar. jantung duk degup kencang dah. tak pernah lupa walau sehari pon. TAKOT! tak pernah takut camni. tunggu result SPM dulu pon. relax jer tapi tunggu result sem ni macam tunggu ape je. cuak. amat cuak. amat berharap dan berdoa moga lulus semuanya.macam dah panajang jer celoteh kali ni. maklumlah dah lama tak mengarang. walopon tak menggunakan bahasa Malaysia dengan betol tapi aku mengharapkan sesape jer yang rajin drop n bace blog akudapat paham ape yang cuba aku sampaikan. walaupon takde la penting tapi cuma rase cam mahu berkongsi cerita yang tak berapa penting ni dengan sesape je.