Saturday, September 26, 2009

hampir banjir








bak kata pepatah, jika takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai...
kalo berumah di tepi sungai cemana plak??

tak tau pepatah tu aku tulis btol ke tak, kalo salah tolong btolkan..=p

bukan H1N1

symptom2 yg dialami:

1) sakit tekak yg melampau
2) mulut amat pahit n payau
3) kepala sakit nak mampos
4) selsema n idung tersumbat
5) batuk2 yg tak lepas ( sbb skt tekak)
6) temperature badan yg tinggi
7) kahak ijau
8) badan lemah gile

disebabkan keadaan2 di atas, maka umi terpaksa membawa aku ke klinik. yang peliknye, pekerje kat kaunter tu tanye nama aku sampai 3 4 kali, aleh2 kad kakak aku gak yg dia bagi kat doc. Doc tu plak konfidan gle tanye, skang dah form bape?? ade gaye form lagi ek aku ni. memang aweks mudes! =p selepas pemeriksaan, doc dengan yakin ckp, jangan risau...bukan H1N1 sambil tersenyum manis. dia memang tahu ape yang sedang berlegar kat pale otak aku ni. thanx sebab menghilangkan kemusykilan dan kerisauan yang melanda.

penyebab utama demam sebab terdedah terlalu lama pada cuaca panas. maklumlah, puteri lilin la katakan. dan yang kedua, terdapat nanah berhampiran tonsil ku. skang, demamku dah beransur pulih, tapi tekakku masih sakit.

notakaki: jangan merungut bila ditimpa ujian yg tidak lah seberat mana malah harus bersyukur. sebab kita masih lagi menjadi hamba yang terpelihara dan diingati oleh Allah. Sesungguhnya ujian dr Allah itu adalah nikmat. dosa2 kecil juga terhapus.

Friday, September 18, 2009

sesaje

memang busuk sungguh diri tika ini. akhirnya, aku berjaya juga menyapu laman umah yg agak luas tu. gila penat. masa yang diambil adalah selama 2 jam 30 minit. yang melambatkan proses penyapuan adalah daun2 yang basah serta tanah yang juga basah. nak mengait daun2 memang memerlukan kesabaran yang tinggi. dah lama gila aku tak sapu laman umah. biase ar, kerja2 tu selalu dilakukan ayah atau kakak. kakak dah kawen, so...paham2 je la. ayah plak tak sihat, maka kerja itu memang jatuh ke tangan aku. tetiba rasa bangga. seyes penat. jap lagi akan menerjunkan diri di sungai belakang umah. moga air jernih belakang umah tu dapat menghilangkan busuk serta penat yang ada. sambil menyelam minum air. boleh?? hehehhee!! dosa2...
2 do lists:
1) cuci tingkap
2) bentang karpet kat atas
3) sediakan tempat tidur tuk abang2 yg bakal pulang (rase cm x nak buat yg ni)
4) menyorokkan kuih2 raya yg sedap n bakal dibawa ke kuantan
5) beli tudung raya =p
6) semue ni je kot....

Thursday, September 17, 2009

hari raya

assalamualaikum

dah lame aku x membuat sebarang on9 di rumah. lebih drpd beberapa tahun kukira. lagi beberapa hari raya akan menjelang tapi umah still tak berkemas lagi. kuih raya semuanya dibeli sahaja oleh adik beradik yang lain. buat kuih raya pasti lah tidak. tiada skill untuk itu. masak2 wat berbuka boleh la. tetiba rase teruja membuat post blog di rumah. maklumlah rumah ni berkurun takde internet. ni pon atas ehsan abangku yang berkerja di TM. hehehhe! raya tahun ni aku mengharapkan semuanya lebih meriah dan ceria.

ceria di hari raya. tetiba teringat waktu bebudak dulu. walopun pose tak penoh tp still gembira sambut hari raya. pusing2 satu kampung mintak duit raya. pastu compare duit sape lagi banyak. kalo rase duit raye yg dapat tu lagi sikit drpd kakak, maka duit penambahan akan dimintak drpd ayah or arwah mak. biase la...merengek2 sikit dapat la duit tu. hahhaha! skang kalo wat perangai camtu mau kene lempang. tapi selagi tak abis blajo, tak keje, tak kawen, selagi tu duit raya akan dituntut drpd abang2 n kakak aku. ni la untungnya ada abang lebih drpd sorng. jadi sesiapa yang kedudukannya dalam keluarga sama seperti aku, maka jangan lepaskan peluang yang ada! serbu duit raya drpd abg2 n kakak2 korang!

skang kat umah ngah ujan. tak tau nak wat ape. nak update fb pon, tenet agak lembap. tak mampu pakai streamix or broadband, hanya dial up je yang mampu. hahaha! rugi kata ayah kalo pakai streamix. yelah...sape je yang ade kat umah after raya nanti. tinggal ayah n umi je. dua2 buta IT. bukan merendahkan parents ku tapi inilah kenyataan. nak guna nset pon jenuh kena ajar. hehehe~

skang amat tak sabar menunggu hari esok. menunggu abang2 ku yg masih belom kembali pulang. bakal berhimpun beramai2 nanti. penoh ngan anak sedara gak. itu yang paling ditunggu2. kakak hanya pulang ke rumah pada hari raya ke-2. maklumlah, orang sudah bersuami, jadi dah tak macam dulu lagi. jadi, sapu laman umah, cuci tingkap n segala isi di rumah terpaksa lah ku mengerjakannya tanpa bantuan kakak. kerahan drpd ayah tuk sapu laman umah pon aku tak buat2 lagi. alasanku, laman umah luas beno.hahahha! dah dasar pemalas. takpe2, insyaallah semua itu akan kuselesaikan juga before raya nanti. pastikah??=p

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!! maaf zahir n batin...

Saturday, September 12, 2009

semua dalam satu drpd needa baik=)

semalam menaiki bas dari kuantan ke kl pada pukul 5.30 petang. bersama rumate kesayangan. hanya berborak selama beberapa minit bersama rumate lalu tido dengan lenanya. berhenti berbuka di temerloh. roti john dan juga air kotak teh kegemaran. kemudian banyak berbicara perihal masa lalu bersama rumate. hanya tiba di pekeliling pada pukul 9.15 malam. ku ingatkan bas akan masuk ke pudu, malangnye tidak. maka ku jua turun di pudu tanpa pengetahuan rumate yang terlebih dulu bergerak menuju ke lrt. menunggu abang untuk mengambilku. mata mula rasa amat mengantuk.

malam ini, hanya berfacebooking dan ym'ing'. menerima tawaran anak sedara supaya menjadi jirannya di farmville. amat malas menyertai sebarang game di fb tapi setelah dipujuk, akhirnya aku termakan juga rayuannya. tidak salahnya melayan kehendak anak sedara yang berumur 11 tahun kan? tapi kepala mula pening selapas menyertai game tersebut. maka, terima tawarannya sebagai cukup syarat dan noktah. tiada lagi farmville.

sepanjang hari di siang hari, aku hanya menghabiskan masaku dengan tido. segala kekurangan di hostel universiti ku, aku lunaskan di rumah ini. esok aku bakal pulang ke kampung. tidak sabar rasanya mahu berjumpa kedua ibu bapa tercinta. bakal menjadi anak tunggal di rumah sepanjang menunggu raya tiba. kalau dulu, kakak akan menemani tapi sekarang dia raya dengan gelaran isteri. maka kedudukannya di sisi suami. sedikit sedih kerana tiada teman untuk bergaduh di rumah di bulan puasa. moga kamu sentiasa bahagia kakakku.

terjadi sedikit kekecohan di rumah ini selapas waktu tarawikh. anak bongsu abangku tiba2 hilang dari rumah. terlepas pandang hanya sebentar, terus lenyap. maka operasi pencarian dijalankan. aku tidak menyertai kerana instinct kuat mengatakan dia selamat di luar sana. cuma bermain jauh sedikit dari rumah. beberapa puluh minit kemudian, dengar suara tangisan plus jerit2 dari anak sedaraku. tidak puas main dan tidak mahu pulang. dia dijumpai di kantin kawasan blok perguruan ttdi ini. ligat betol budak ni. maka grail pintu dikunci untuk menghalangnya dari keluar lagi. tak padan ngan pompuan btol dak kecik ni. skarang pon masih blom tido. haisy~ ibu nya sudah penat bersuara.

ini saja entry yang dapat ditulis pada kali ini. mungkin, lagi seminggu dua, baru blog akan diupdate. mungkin. SELAMAT HARI RAYA SEMUA DAN MAAF ZAHIR BATIN =)

Wednesday, September 9, 2009

mimpi

secara jujurnya aku adalah dalam golongan yang agak selalu mengalami mimpi yang bukan2 aka mengarut. tapi mimpi akibat tidor selepas exam pathology n pharmacology yang membuatkan otak aku amat penat membuatkan aku mengalami mimpi yang mengarut tapi memuaskan hati. betol la orang cakap, tak dapat buat betol2 pon, mimpi pon da cukup.

apa perasaan anda apabila anda berpeluang menghentak2 kepala seseorang yang anda amat bengang dan sakit hati dengannya? gila best mimpi tu. rasa semua dendam dah terhapus tapi aku rasa kalau dapat buat betol2 lagi menyeronokkan dan memuaskan hati. aku tak tahu macam mana mimpi tu bley muncul tapi amat bersyukur sebab mimpi tu datang. bila bangun je dari tidor, ade satu perasaan yang amat tak bley digambarkan di sini. nak menyumpah seranah orang berdepan memang tak pernah aku buat kecuali kat kakak n abang2 aku, tapi dalam mimpi ni semua perkataan yang amat sensitip tuk didengar semua terkeluar dari mulut ni. puas hati gila.

aku rasa mimpi ni datang nak tolong aku lepaskan geram sebab berbulan2 menahan geram dan marah yang amat sangat. sekurang2 nya aku hanya menghentak2 orang n menyumpah seranah di dalam mimpi dan tiada orang yang akan berkecil hati dengan itu. melainkan aku bitau dia ape yang aku mimpi. tapi seyes! aku puas ati walaupun tu hanya mimpi.
agak2 perlu ke aku bertimakaseh kat soklan2 patho n pharmaco yang meletihkan otak aku tu??

Monday, September 7, 2009

exam

bile anda menghadapi exam di kala cuti raya menjelang, apakah yg patot anda lakukan?? study dgn khusyuk atau pon study smbil memikirkan balik nt nk wat kuih raye ape. buat la sgt...kot2 beli kat kedai jek. paper akhir b4 cuti raya adalah tgh hari pada 10 september ni dan petangnya akan menaiki bas pulang ke kl. mmg la agak sedey sbb rumah yg terletak di gerik menyebabkan ak kena naik dua buah bas sebelum slmt tiba. haisy~ kalo la ade jet persendirian kn besh! yg xbest skang adalah kebengangan ngan course co-ordinator yg memandai wat jadual exam yg menyesakkn nafas smue dak audiology. tak consider lngsung. da la graduated uia gak, xkan xpaham kot situation student cmne. gaye cm xpnh jd student. xpaham btol! smue nye nk dimampatkan dalam seminggu examnye. dah xde ari ke lps raya tu?? seyes geram. tau ar nk bercuti raya tanpa sebarang kerje di otak. kami pon begitu. arr..kn dah x pasal2 ak post blog memaparkn kebengangan di cni. patotnye kene study flow chart pathology yg ley wat aku pecah kepala. satu lg aku xpuas ati. nape kitorng kena amik pathology n pharmacology kalo lecturer audio sndiri xyah amik course ni??? sile jawab!!!

Sunday, September 6, 2009

bermain bersama bulan

bila bersama rakan2 yang sentiasa mengiburkan dan menceriakan, kita akan lupa sebentar masalah pada diri. luka pada hati. perit yang pernah hadir. menyaksikan terbitnya bulan hingga terpancarnya sinar di langit mengingatkan diri bahawa penciptaNya amat berkuasa. bulan menghiburkan. itu pasti. tak pernah mendukakan. itu fakta. biar ia tenggelam di balik awan, manusia akan cuba untuk mencari bayangnya. kerana ia menenangkan. bila pandang pada bulan baru diri sedar bahawa kita hanya manusia kerdil. menjadikan ia suatu permainan. bermain seolah2 kita mampu menggapai dan memegangnya. tapi itu hanyalah ilusi semata2. tidak mampu tuk semua itu kecuali memandangnya dengan rasa syukur kerana ia ada tuk menenangkan jiwa. terima kasih teman kerana sudi meluangkan masa berbuka puasa di pantai sambil menyaksikan bulan terang. niat diri mahu pulang awal tapi lenyap kerana bulan menyapakan sinarnya. tapi perintah Allah tidak dilupa. Insyaallah itu akan sentiasa dijaga.

memandu dalam terang malam dengan tenang. tidak dapatku bayangkan kehidupan di sini tanpa teman2. sentiasa mengubat duka dan memberikan ceria. tipu lah jika hidup ini tidak pernah ada likunya tapi dengan teman2 yang menemani, semua itu dengan izinNya dapat dilalui. Teman2lah pengganti ibu dan bapa bila diri berjauhan. penuh dengan nasihat, penuh dengan kata semangat, penuh dengan kesabaran. itu paling pasti. mereka sentiasa sabar dengan diriku. terima kasih untuk itu.

jika dikatakan bulan itu penenang jiwa, teman yg sentiasa di sisi juga bleh dibaratkan begitu. menjadi tampat mengadu lalu menenangkan diri yang duka. kadang2 diri juga membuat mereka terluka. ku pohon maaf untuk itu. seperti tompok2 yang berada di bulan, agaknya begitulah hati mereka bila diri membuat mereka terluka. bulan penuh dengan cahaya, menyinarkan dan amat menenangkan. jika ini perumpamaannya, maka teman2 yang sentasa di sisiku adalah bulan buatku. biar malam gelap tanpa bulan dan bintang, tapi mereka ada untuk menyinarkan diri. terima kasih teman. kamu semua bulan buatku..=))

Post ini ditujukan khas untuk Marlini, Wan Nurul Azyan dan Zakiah. semoga kita sentiasa dalam keberkatanNya.

Thursday, September 3, 2009

padan muka!

bila orang cakap, degil. taknak dengar. skang diri sendiri yg susah. jangan pernah tengok. jangan pernah peduli. bila dimarah angguk, pasrah tapi yg cakap di mulut tak pernah pun dibuat. cuba konon. tak perbah cuba. letak hati jauh2. hapus ingatan terus. jangan pernah fikir. jangan pernah ingat. jangan pernah buka. jangan pernah baca. apa2 pun jangan pernah. tapi tetap buat. tetap pernah. makan hati. segala yang dibuat semua tak kena. bila orang cakap cuba dengar. nak jadi tabah konon tapi hari2 kepala otak mesti terselit perkara yg sama. gelak. suka. gembira. hati tetap terluka. sampai bila mahu makan hati. orang cakap sudah, sudah la. jangan peduli lagi. benda dah lama. ingat pun tak guna. buat sakit hati ja. jadi, jangan pernah peduli lagi. jangan pernah amik tahu lagi. nanti diri sedih lagi. jangan cakap dah sedar tapi tetap buat benda yang sama. bila tengok pun dah sakit hati, ini kan pulak nak tahu semua benda. dah pernah cukup sakit hati. jadi, sudah la. sudah! parut pun tak hilang lagi. jangan tambah lagi. cukup! sudah! Jangan cari pasal dengan hati. nanti padan muka yang dapat. cukup2 lah. cukuplah padan muka yang pernah hinggap dulu. cukup!

pesanan tuk diri sendiri

Wednesday, September 2, 2009

psychoacoustic vs ayah

memang telah menjadi kebiasaan tuk aku dan teman2 rapat mengerah tenaga mengkhatam semua chapter yang ada pada saat2 akhir. maka subjek kos yang bermula dgn word 'psycho' menyebabkan kitorang betol2 saiko pada hari esoknya. semua gara2 ketidakcukupan tido akibat terlalu rajin menelaah di saat akhir. tidak hairanlah result kami pon cukup2 makan aje. pukul 11 pagi, terus menelaah tanpa menghiraukan masa yang kian berlalu. tiba2 nset di sebelah berbunyi menandakan mesej masuk. drpd abang sulungku memberi khabar yang kurang enak. menyatakan ayah dibawa berjumpa pakar kerana sakit bahagian kaki dari bahagian punggung hingga ke bawah sehingga menyebabkan dia tidak dapat berjalan. maka, otak yang masih saiko akibat subjek kos 'psychoacoustic' yang masih tidah paham sepenuhnya menyebabkan aku makin gelabah dan cuak. adrenaline merembis dengan laju dan begitu juga lacrimal gland yg memainkan peranannya tiba2. risau kan exam yang belum tentu dapat jawab dan paling risaukan ayah yang jauh dari mata. memang langsung tidak dapat fokus. kononnya ingin membuat semakan terakhir sebelum melangkah masuk exam tapi malangnya semua lenyap begitu sahaja. hanya ayah yang bermain di benak fikuran. maka, nset dicapai dan mesej ditulis kepada kakak tercinta yang berada di sabah. meminta jasa baiknya supaya pulang menjaga ayah kerana diri masih mempunyai beberapa paper yg perlu dilepasi sebelum pulang berjumpa ayah tercinta.

habis sahaja exam, jari laju mendail no nset umi. bercakap dengan ayah sendiri adalah satu2 nya cara untukku menghilangkan rasa tidak keruan di hati dan benak fikiran. mendengar bicara ayah yang mengatakan dia tidak apa2, membuat aku sedikit lega walaupun aku tau dia sedang menanggung derita. prolapse invertebral disc kukira drpd penerangan yg diberikan ayah. "doktor kata urat ayah masuk dalam tulang belakang yang kat2 ngan punggung". jargon word tidak akan digunakan kepada ayah kerana dia tahu ayah tak kan tahu. diri terus menaip mesej dan hantar terus kpd abang sulongku bagi mendapatkan berita selanjutnya. ayah insyaallah takkan apa2 jikalau keadaannya makin baik, jikalau sebaliknya dia terpaksa berjumpa doktor pada 15 hb nanti.

Moga ayah bertambah baik dan sihat semula. moga dia dapat kembali melakukan tarawikh sebanyak 20 rakaat kerana aku tahu baginya 8 rakaat tidak akan memuaskan hatinya.
Moga Allah memberi kesihatan kepada ayahku.
dan untuk paper psychoacoustic, aku dah cuba yang terbaik. moga mendapat yg terbaik hendaknya. Amin....